Header Ads

RESEPI AYAM GORENG GUNTING BERPERISA ALA-ALA UNCLE BOB

KONGSI INFO ingin berkongsikan resepi Ayam Goreng Gunting Berperisa Ala-Ala Uncle Bob yang menjadi kegemaran penggemar-penggemar ayam goreng masa kini. Resepi ini boleh diolah supaya dapat mengikut citarasa masing-masing. Buat berulang-ulang kali sehingga mendapat citarasa yang diinginkan.


Bahan-Bahan:


  • Dada ayam (dihiris tipis)

  • 1 cawan tepung goreng Adabi

  • 1/2 cawan serbuk roti (warna putih)

  • 1 biji telur

  • Sedikit serbuk cili

  • Sedikit serbuk lada putih

  • Minyak masak

Cara-Cara Penyediaan:


  1. Cuci dan toskan ayam. Satukan serbuk roti & tepung goreng Adabi dalam pinggan.

  2. Lumurkan ayam dalam adunan tepung. Kemudian, celup ke dalam telur. Sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung.

  3. Gorengkan ayam di dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.

  4. Taburkan serbuk lada putih berperisa & serbuk cili. Ikut selera masing2 sama ada nak pedas ataupun tidak.

  5. Akhir sekali, guntingkan ayam mengikut citarasa anda. Sedia untuk dihidangkan.

No comments