Header Ads

RESEPI AYAM PERAP SOS BBQ POWER

KONGSI INFO ingin berkongsikan resepi Ayam Perap Sos BBQ Power yang telah dicuba sendiri dan diubahsuai mengikut selera sendiri. Resepi ini boleh diolah supaya dapat mengikut citarasa masing-masing. Buat berulang-ulang kali sehingga mendapat citarasa yang diinginkan.


Bahan-Bahannya:


  • 2 ekor ayam (anggaran 4.5 kg)

  • Sos BBQ (dibancuh dengan sedikit air)

Bahan-Bahan Perapan:


Bahan-Bahan A:


  • 1 botol sos BBQ

  • 1/2 kg gula perang (boleh ganti dengan madu)

  • 1/2 kg gula putih

  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B (dikisar halus menjadi pes):


  • 5 – 7 biji bawang besar (saiz besar) - dihiris

  • 10 ulas bawang putih saiz besar

  • 5 sm halia

  • 5 sm kunyit hidup

  • 5 sm lengkuas

  • 5 – 7 batang serai - dihiris

  • 3 – 5 sudu besar serbuk cili

  • 2 sudu besar serbuk jintan manis

  • 2 sudu besar serbuk jintan putih

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar

  • 1 sudu besar serbuk lada hitam halus (tambah lagi untuk lebih pedas)

  • 1/2 sm kuah keras

  • Anggaran air secukupnya

Cara-Cara Penyediaannya:


  1. Potong ayam mengikut citarasa anda. Bersihkan ayam dan toskan. Kelar sedikit permukaan isi ayam supaya bahan perapan mudah menyerap dan isi ayam cepat masak bila dibakar nanti.

  2. Masukkan kesemua isi ayam di dalam bekas, diikuti dengan bahan-bahan perapan (Bahan A dan Bahan B). Gaul rata sehingga semua bahan sebati.

  3. Masukkan ayam di dalam zipper beg. Kuantiti ayam yang dimasukkan di dalam zipper beg bergantung kepada saiz beg berkenaan. Boleh juga guna bekas plastik/Tupperware bertutup untuk menyimpan ayam.

  4. Perap ayam tersebut 1 – 2 malam di dalam peti ais, tempat frozen (lagi lama perap lagi bertambah sedap).

  5. Bakar ayam di atas bara api sahaja. Semasa membakar bolehlah disapu sos BBQ di atas isi ayam menggunakan serai untuk menambahkan aroma.

No comments