AMARAN FENOMENA MONSUN TIMUR LAUT (10 NOVEMBER 2016 HINGGA MAC 2017) OLEH MOSTI
KONGSI-INFO : Amaran banjir kepada para penduduk di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung dan Barat Sarawak. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) melalui kenyataan yang dikeluarkan pada 10 November 2016 telah memberi peringatan khususnya kepada rakyat Malaysia berkenaan Monsun Timur Laut bermula pada 10 November 2016 dan dijangka berterusan hingga Mac 2017.
Kelazimannya dalam tempoh tersebut, negara akan menerima tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan tiupan angin kencang dan dijangka akan mengalami sekitar empat hingga lima episod hujan lebat yang menyeluruh selama tiga hingga lima hari yang boleh mengakibatkan kejadian banjir di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung dan Barat Sarawak. Walau bagaimanapun, MOSTI juga menjangkakan negeri-negeri lain juga masih boleh menerima hujan monsun dan berkemungkinan berlaku banjir.
Sehubungan dengan itu, MOSTI menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan terus bersedia menghadapi musim Monsun Timur Laut ini. Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat terkini berkaitan dengan cuaca, orang ramai diminta melayari laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, memuat turun aplikasi mudah alih, myCuaca (Android atau iOS), dan sosial media di laman Facebook: malaysiamet, Twitter: @malaysianmet atau MetMalaysia. Talian hotline turut disediakan di talian 1 300 22 1MET (1638).
Post a Comment