Header Ads

WARGA PENDIDIK DITAHAN SELEPAS DIPERCAYAI MENDENDA MURIDNYA KERANA KESALAHAN MENGHIDU GAM DAN MEMPENGARUHI RAKAN, BULI, MEMUKUL MURID SERTA PONTENG SEKOLAH

KONGSI INFO : Memetik sumber daripada laman web www.pendidik2u.my, seorang warga pendidik akan menghadapi perbicaraan kes mencederakan muridnya di Mahkamah Majistret Seremban. Sebutan kes berkenaan dibuat pada 31 Oktober lalu dan 19 Disember ini ditetapkan sebagai tarikh perbicaraan kes. Warga pendidik tersebut Cikgu Azizan, Penolong Kanan HEM SK Taman Semarak, berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit bersalah. Terdahulu pada 31 Oktober lalu, Cikgu Azizan mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut dan diikat jamin RM500.



Difahamkan, Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi rakan, buli, memukul murid serta ponteng sekolah. Tindakan tegas cikgu berkenaan kerana disiplin yang berat dan berulang-ulang seperti menghidu gam di dalam sekolah, bergaduh, membuli dan banyak lagi.

Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Negeri Sembilan, Abu Hurairah Suak berkata, pihaknya akan memberi bantuan guaman kepada Cikgu Azizan. Memo yang dikeluarkan Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, memohon semua guru di seluruh Malaysia memberi sokongan moral terhadap Cikgu Azizan pada 19 Disember ini di Mahkamah Majistret Seremban 2A.



No comments