Header Ads

FAKTOR LOKASI DAN HARGA KEDIAMAN PUNCA LEBIH 20 RIBU UNIT KEDIAMAN TIDAK TERJUAL DI MALAYSIA

KONGSI INFO : “Nak beli rumah tapi masih tak mampu lagi la. Harga rumah sekarang semakin hari terlalu mahal”. Itu antara luahan bakal pembeli rumah untuk kediaman keluarga mereka. Dewasa ini, kebanyakan unit kediaman kondominium dan pangsapuri (siap dibina) yang dijual khususnya di Kuala Lumpur mencecah lebih RM500,000 seunit.

Perkara ini didedahkan oleh YB Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Kewangan sewaktu berucap pada majlis taklimat Pasaran Awalan Harta Tanah 2017 di Kementerian Kewangan hari ini. Ujar beliau lagi, unit kediaman siap dibina yang tidak terjual meningkat 40 peratus kepada 20,807 unit dengan nilai RM12.26 bilion pada separuh pertama 2017 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016.


Sehubungan itu, beliau menyarankan pihak berkuasa tempatan membuat kajian pasaran menggunakan statistik dan petunjuk pasaran harta tanah yang diterbitkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan sebelum mempertimbangkan kelulusan pembangunan harta tanah.

Saranan yang sama juga diberikan kepada pemaju harta tanah supaya keputusan yang tepat dapat dibuat bagi menjamin kelestarian pasaran harta tanah negara.

No comments