KISAH PENGUTIP BOLA GOLF BERGELAR JUTAWAN HASIL PENAT LELAH SELAMA SETAHUN
KONGSI INFO : Seorang lelaki bernama Glen Berger kini sudah bergelar jutawan kerana pekerjaannya yang ramai orang tidak tahu. Dahulu, Glen merupakan seorang pengangur yang kerjanya mencuri bola golf di padang golf berdekatan dengan rumahnya. Apabila dia menyedari bahawa apa yang dilakukannya itu tidak betul, Glen mendapat satu ilham untuk menyelam di sekitar tasik padang golf sekitar Florida.
Glen dikatakan berjaya mengutip bola golf sebanyak 1.3 juta hingga 1.4 juta setahun dan kemudiannya menjual harga bola golf tersebut dengan harga serendah $1 sahaja. Glen akan menyelam di sekitar tasik padang golf Florida untuk mengumpul gola golf tersebut.
Walaupun kerja Glen hanya mengutip bola golf di sekitar tasik, pekerjaannya juga berdepan bahaya yang boleh meragut nyawanya. Ini disebabkan, dalam tasik tersebut terdapat pelbagai barang lain seperti meja, mesin pemotog rumput, kereta golf, ular dan paling berbahaya ialah buaya.
Pengalaman paling mengerikan Glen ketika menyelam ialah tangannya sudah berada di dalam mulut buaya ketika sedang melakukan pekerjannya. Menurutnya, sebelum melakukan kerja mengutip bola di tasik Florida, dia akan memastikan bahawa tasik tersebut adalah selamat. Namun begitu, kadang-kadang dia masih terserempak dengan buaya yang menghuni tasik di sekitar Florida.
Lihat video di bawah:
Sumber : Buletin Semasa
Post a Comment