JADUAL LIGA SUPER MALAYSIA 2017 (TERKINI)
KONGSI INFO : Liga Super Malaysia 2017 bakal menyaksikan 12 pasukan bertanding iaitu pasukan Felda United FC, Johor Darul Ta'zim FC, Kedah FA, Kelantan FA, Melaka FA, Pahang FA, Perak FA, Pulau Pinang FA, PKNS FC, Sarawak FA, Selangor FA dan T-Team FC.
Saingan Liga Super Malaysia 2017 akan mengekalkan format sama seperti mana musim lalu dengan membuat penambahbaikan dari segi tempoh rehat dia antara dua perlawanan agar jadual perlawanan liga tidak terlalu padat.
Liga Super Malaysia 2017 akan membuka tirai perlawanan liga pada 20 Januari 2017 melalui persaingan memburu Piala Sultan Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) yang mana melibatkan perlawanan di antara Johor Darul Ta'zim FC (JDT) dan Kedah FA di Stadium Tan Sri Dato' Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, Johor.
Post a Comment