Header Ads

HARITH ISKANDER DINOBATKAN MANUSIA PALING LUCU DI DUNIA



HARITH ISKANDER DINOBATKAN MANUSIA PALING LUCU DI DUNIA



KONGSI INFO : Pelawak dan pengacara terkenal Malaysia, Harith Iskander telah berjaya merebut gelaran juara dalam pertandingan Funniest Person In The World 2016 yang telah diadakan di Helsinki, Finland. Harith menewaskan empat pelawak dunia lain iaitu Alex Calleja (Filipina), Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece).



Kemenangan tersebut telah melayakkan Harith membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD$100,000 (RM442,810). Manakala naib juara Alex Calleja (Filipina) membawa pulang USD$10,000 (RM44,281) dan Katerina Vrana (Greece) di tempat ketiga menerima USD$5,000 (RM22,140).





Pertandingan Funniest Person In The World 2016 ini menyaksikan di mana hanya 20 pelawak yang mendapat undian tertinggi akan mara ke peringkat separuh akhir, manakala lima peserta sahaja akan bersaing bagi merebut gelaran juara di peringkat akhir.



Pemenang pertandingan dipilih secara undian dalam talian oleh penonton seluruh dunia yang mana ianya dibuka selama 24 jam setelah semua peserta peringkat akhir selesai membuat persembahan.



Harith sebelum itu telah berjaya mengalahkan 88 pelawak lain dari seluruh dunia termasuk peserta dari Malaysia, Dr Jason Leong sebelum mara ke peringkat akhir. Selain menerima hadiah wang tunai, Harith turut berpeluang untuk mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat.

No comments