RESEPI KUAH YONG TAU FU KUAH HITAM
RESEPI KUAH YONG TAU FU KUAH HITAM
Bahan-bahannya:
2 sudu makan taucu
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula
3 cawan air
Cara-caranya:
Masukan kesemua bahan ke dalam blender. Kisar sehingga taucu menjadi halus. Kemudian masak sehingga mendidih seketika.
KUAH MERAH
Bahan-bahannya:
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam
*(Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga kacang tanah menjadi halus)
3 sudu makan cili kisar
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak. Tumis 2 biji bwang putih yang telah diketuk. Letak 3 sudu makan cili kisar. Tunggu seketika sehingga kering.
Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar. Masak sehingga kuah menjadi pekat (anggaran dalam tempoh 5 minit).
Tabur bijan yang telah disangai dengan bawang goreng.
Kredit : FB Resepi Masakan Tradisional
Post a Comment