Header Ads

FAIZ SUBRI TERSENARAI 10 SEPAKAN JARINGAN TERBAIK ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016



SENARAI 10 SEPAKAN JARINGAN TERBAIK ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016



KONGSI INFO : Sepakan jaringan siapakah yang terbaik tahun ini? Sehubungan dengan persoalan tersebut, FIFA.com telah menyediakan platform persaingan kepada peminat bola sepak di seluruh dunia untuk memilih dan menentukan siapakah pemenang Anugerah Puskas FIFA pada tahun 2016. Bermula 21 November 2016, peminat bola sepak di seluruh dunia diberi peluanguntuk membuat pilihan masing-masing dan memutuskan sepakan jaringan siapakah yang bakal dinobatkan oleh FIFA dan anggota Jawatankuasa Bola Sepak untuk memenangi anugerah ini.



Senarai 10 sepakan jaringan terbaik bagi Anugerah Puskas (FIFA) 2016 adalah seperti berikut:




  • Mario Gaspar (ESP) - Sepanyol v England, Persahabatan Antarabangsa, 13 November 2015

  • Hlompho Kekana (RSA) - Cameroon v Afrika Selatan, Piala Negara Afrika, 26 Mac 2016

  • Marlone (BRA) - Corinthians v. Cobresal, Copa Libertadores, 21 April 2016

  • Lionel Messi (ARG) - Amerika Syarikat v Argentina, Copa América Centenario, 21 Jun 2016

  • Neymar (BRA) - Barcelona v Villarreal, La Liga Sepanyol, 8 November 2015

  • Saul Ñíguez (ESP) - Atlético Madrid v Bayern Munich, Liga Juara-Juara UEFA, 27 April 2016

  • H al Robson-Kanu (Waljamaah) - Wales v Belgium, UEFA EURO 2016, 1 Julai 2016

  • Daniuska Rodríguez (VEN) - Venezuela v Colombia, Kej. Bola Sepak (W) USA U-17, 14 Mac 2016

  • Simon Skrabb (FIN) - Gefle v Ã…tvidaberg, Liga Allsvenskan Sweden, 31 Oktober 2015

  • Mohd Faiz Subri (MAS) - Pulau Pinang v Pahang, Liga Super Malaysia, 16 Februari 2016



Semua video dan alat pengundian boleh didapati di sini: FIFA.com/the-best dan FIFA di YouTube.



Pengundian ini dibuka sehingga 2 Disember 2016 sahaja. Tiga sepakan jaringan yang berjaya memperolehi undian terbanyak akan didedahkan. Sejurus selepas pengumuman tersebut, sesi pengundian akan dibuka sekali lagi untuk memilih salah satu daripada tiga sepakan jaringan yang memperolehi undian terbanyak di awal pengundian. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis "The Best FIFA Football Awards" yang akan diadakan di Zurich pada 9 Januari 2017. Undian akan ditutup semasa majlis tersebut berlangsung.



Anugerah Puskas FIFA telah lama diwujudkan iaitu sejak tahun 2009 sebagai tanda penghormatan kepada Ferenc Puskas, kapten dan bintang pasukan kebangsaan Hungary era tahun 1950-an. Sepanjang malam anugerah tersebut, Pemain Terbaik Lelaki FIFA, Pemain Terbaik Wanita FIFA, Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA dan Jurulatih Wanita Terbaik FIFA bagi tahun 2016 juga turut diumumkan.

No comments